Tetiba teringat zaman main kete RC dulu.. Kemain modified macam-macam. Kete Subaru Imprezza lagi tuh..
Thursday, 9 August 2012
Hotel & Remote Control
Tetiba teringat zaman main kete RC dulu.. Kemain modified macam-macam. Kete Subaru Imprezza lagi tuh..
Monday, 6 August 2012
Segenggam nasi
Pakar kesihatan mencadangkan nasi dimakan hanya cukup segenggam tangan sahaja sebab kalorinya banyak. Kenapa banyak ek? Sebab nasi sumber karbohidrat yang mempunyai kanji yang tinggi. Kalori yang lebih dari cukup untuk menukarkannya kepada tenaga untuk keperluan kita hari-hari. So sepatutnya takda tambah-tambah nasi ye...
It's not about 'diet' yang mentaliti kebanyakan dari kita semacam membebankan atau langsung tak sentuh nasi. Its just 'diet' yang ngam-ngam untuk kelangsungan hidup kita seharian. Balancekan sahaja dengan buah-buahan dan serat fiber yang tinggi pasti kenyang juga. Lepas ni cerita "asyik-asyik mentedarah buah je ko ni..!!".
Hmmm.. Masih dalam percubaan... Harap-harap berterusan...Tapi kalau pekena nasi arab camner plak? Bertakung air liur wei... Huhuhu
Labels:
ayam,
buah,
daging,
fiber,
genggam,
kalori,
karbohidrat,
kesihatan,
makan,
nasi arab,
nasi. diet,
segenggam nasi,
serat,
tenaga
Saturday, 4 August 2012
Winner vs Loser
Source: deviantart
Tak kira game olimpik atau futsal company, kerja pejabat atau ahli perniagaan, seorang Winner akan tetap mempunyai advantage untuk terus menang dan tetap menang.
Selain skill yang dipupuk sedari kecil, ciri-ciri seorang Winner atau Sang Juara ni ialah mereka akan tetap cuba untuk bertahan dan terus berusaha kekal di puncak paling atas.
Antara 10 sebabnya;
- Mood yang Baik - Semua orang akan rasa bagus bila berjaya, sementara yang gagal selalunya memang mood lari sikit. Ok banyak.. Emosi akan mempengaruhi prestasi mereka. Mood yang positif sebenarnya menghasilkan tenaga dan ketahanan fizikal yang berterusan walaupun setelah mereka gagal. Sementara Si Loser pula akan mencari alasan untuk berhenti. Waima Winner tadi ni injured sekali pun dia akan buat comeback secepat mungkin dan tak akan menyalahkan sesiapa. Contohnya perseorangan nombor satu negara Datuk Lee Chong Wei terseliuh kaki semasa Piala Thomas 2012... Dia baru lepas baik demam dan kesan ubat belum hilang lagi. Otot-otot masih fragile dan perlukan masa untuk kembali cergas.. Akan tetapi lihatlah sekarang ni beliau sudah melepasi ke Final Olimpik London bertemu Lin Dan dari China untuk merebut emas. ( Lumayan wo kalau menang dapat RM2 juta siapa tak nak... duit pun motivasi juga)
- Environment yang selesa: Kita memang suka persekitaran yang menarik. Bos-bos tak marah-marah, kawan office chill-chill aje atau at least tak berjiwa serius dan ketat sepanjang masa. Tiada tekanan yang tak logik mendorong kita kekal dibawah tekanan dan MC juga kurang dan secara relatifnya produktivi meningkat. Persekitaran yang menarik juga kadang-kadang mendorong kita untuk stay back bersama rakan dan enjoy the feel good moment itu. Lebih masa diluangkan bersama bermakna lebih peluang untuk berkongsi perasaan dan pengetahuan selain mewujudkan suasana mentoring. Loser... Ahh balik rumah lah kat opis ni bukannya ada apa pun... Ada jugak betulnya tapi kekadang duduk rumah tak produktif pun menghadap tv saja buat apa..
- Belajar!: Loser akan lebih defensive dan tak suka akan feedback. Winner akan lebih suka berbincang dan boleh terima sebarang feedback negatif, sebab dia ada keyakinan yang dia ada potensi untuk berjaya. Winner akan pandang latihan sebagai jalan untuk berjaya dan bukannya sebagai hukuman. Pratice make perfect right..
- Kebebasan untuk fokus: Bila kurang masalah atau isu yang berlegar dalam otak mereka, lebih fokus dan berjaya hidup mereka. Bukannya tak ada masalah, cuma ada la sikit masalah kecik2 anak.. Ibarat macam Tiger Wood la.. Setiap kejohanan golf, die boleh maintain menang banyak title, tapi akhirnya kantoi lepas isu yang takde orang lain yang create, dia la yang mengkantoikan dirinya sendiri.. Terus senyap... So clear the mind..
- Budaya Positif dan Mutual Respect: Selalu dalam aktiviti yang melibatkan kumpulan, ini adalah perkara yang sangat penting. Contohnya Masterchef Celebriti Malaysia baru-baru ni... Group yang berjaya, menang atau kalah, mereka ada standard yang diterapkan. Kalau menang, setiap ahli group adalah winner dan tidak dipertikaikan peranannya. Kalau kalah pon, mereka takkan condemn ahli group dan berusaha memperbaiki situasi tersebut. Losers biasanya akan cenderung untuk finger-pointing dan mencari masalah orang lain.
- Sistem Sokongan yang kukuh: Di sebalik tabir setiap winner, pasti ada orang atau sistem yang menyokong mereka secara total dan tidak berbelah bagi. Contoh Harimau Malaya sekarang amat sukar digugat kerana satu Malaysia menyokong mereka dan jarang-jarang kita dengar lagi orang kutuk belakang kat team Malaysia. Kalau nak kena fire dengan Ultra Malaya silakan.. Haha.. Sokongan seperti ni amat penting. Kalau penyokong belum masuk 2nd half da blah ramai-ramai, macam mana agaknya team Malaysia nak pergi jauh...
- Media yang lebih baik: Ini berkait rapat dengan macam mana mereka handle cerita kejayaan mereka dalam media massa. Winner selalunya penuh dengan cerita kejayaan bermula dari awal penglibatan hingga sekarang. Kira track record bersih dan tak banyak benda negatif yang orang boleh bangkitkan. Contoh macam apek tu walaupon beliau ada cerita luar padang, orang lain tetap respek dengan pencapaian beliau. Loser pula tak dapat control apa yang orang akan cakap pasal mereka. Pemerhati dan penganalisis akan ada point untuk menulis semula kegagalan atau kekantoian mereka yang lepas dan kaitannya dengan kegagalan mereka sekarang. Kebiasaannya tanggapan terhadap mereka akan kekal dalam keadaan macam tu. Ada ahli sukan macam tu dalam Malaysia ni, bila dia perform je orang tak amik port sangat sebab tanggapan orang yang dia tu kejap je perform, pastu hampeh... Kompom... Dan memang camtu pun selalunya... Propa wei...
- Jemputan VIP: Memang... Senang-senang je la mereka ni dapat jemputan dari PM lah, join maljis keraian besar-besar lah, berjumpa pemimpin besar negara-negara lain lah, peluang bersama celebriti dan siap bertemu jodoh lagi tu. Loser? Sapa nak jemput agaknya yek... Sarcastic di situ..
- Matlamat kendiri: Winner ada jalan hidup sendiri dan apa yang perlu mereka tempuh semua sudah mereka nilaikan. Mereka tak perlukan orang lain aturkan kehidupan mereka sendiri. Mereka tak perlukan pakar-pakar dalam bidang lain untuk tentukan hidup mereka. Even training pun tak perlu orang lain aturkan sebab mereka memang sudah ada self-initiative untuk kehadapan. Mereka lebih berdikari. Kalau Loser biasanya memerlukan pertolongan pakar, juruaudit dan pelawat khas dan macam-macam kaedah untuk lebih produktif.
- Kesinambungan: Contohnya dalam sesuatu pasukan, bila selalu kalah biasanya susah nak handle. Bila ada campur tangan dari top management, rombakan besar melibatkan orang paling tinggi, dan semua sistem selalunya akan direview balik. Dan pasukan ni akan enduring satu lagi isu untuk diadun iaitu bekerjasama dan memberi perhatian pada situasi baru ni. So macam mana nak perform kalau takda pelaksanaan jangka masa panjang untuk sukses. Selalunya akan ada perkara baru yang perlu di adaptasi dan ni memang satu proses yang memenatkan.
Sebenarnya Winner ni lama-lama pun kantoi juga sebab over-confident, jatuh ke lembah takbur dan macam-macam simpton orang bila sudah tahap elite ni. Semestinya juga apabila pertandingan yang semakin sengit dan mereka tak berkemampuan dari segi fizikal mahupun mental. Tetapi dengan adanya seorang Leader yang bagus, Leader ini akan cuba untuk mengambil peluang ke atas winner yang bersemangat positif, fokus pada disiplin, mutual respek yang tinggi, latihan yang diperperinci, dan sistem sokongan yang berpanjangan untuk terus sukses dan kemungkinan comeback yang lebih kerap.
Digoreng ikut sedap aku dari : Sini
Labels:
datuk lee chong wei,
futsal,
harimau malaya,
latihan,
leader,
lin dan,
loser,
malaysia,
masterchef celebriti malaysia,
mcm,
motivasi,
olimpik london,
piala thomas 2012,
pm,
positif,
tiger wood,
vip,
winner
Subscribe to:
Posts (Atom)