Thursday 3 January 2013

Larian Morib 2012






Pergh agak lama sejak last post dari aku.. Baru-baru ni aku ada kegilaan baru iaitu berlari, jogging, atau apa-apa istilah yang bersesuaian dengannya. So untuk mencari makna jogging aku ni, terjumpa la post Larian Morib 2012 pada 30hb Disember kelolaan Majlis Daerah Kuala Langat.

Dengan bayaran RM10, aku join larian 12km.. Punya jauh larian tu aku lak dengan egonya pergi seorang diri register 12k padahal niat nak register 5km jek. Lepas register rasa sangat menyesal dan cuak tapi yang bagusnya sejak aku register tu aku selalu berusaha berlatih berlari dengan harapan tak pengsan time lari atau kena tapau dengan runner pangkat atuk/nenek nanti.. Huhu..

Ini pertama kali aku join acara macam ni. Last time was a century ago, time tu adalah dalam darjah 5 atau 6, lari merentas desa 4km. Sampai sekarang takde kenangan indah dapat aku titipkan tentang larian tu sebab aku rasa macam nak mati je masa tu.

All in all, aku rasa seronok dan tak sabar nak join apa-apa larian selepas ni, tapi bukan dalam masa terdekat ni la sebab dalam recovery mode gitu. Haha..


Ni la suasana sebelum larian. Gelap Gulita u...


Puas macam graduasi pulak gayanyer..



Close up jangan tak close-up..
Dapat lucky draw macam tak cayer jer..

Wednesday 17 October 2012

Kereta dan Botol Mineral


Satu malam baru-baru ni aku lepak minum lewat malam dengan kawan-kawan sambil mengulas topik- topik di luar bidang dengan riak sekali. So masuk la topik pemilikan kereta kat Malaysia ni yang mana hutang kereta ni mencakupi hampir separuh gaji bulan malah ada yang lebih. Ianya agak membebankan rakyat marhein khususnya. Tak kira yang mewah mahupun kereta bajet, berbalik pada perumpamaan 'besar nasik besar la keraknya'. Mereka yang berpendapatan tinggi pun tak ketinggalan merasai keperitan pemilikan kereta kat Malaysia ni.

Member pun bukalah cerita yang cousin die ni penah merantau di Japan dan bekerja di tempat scrap kereta. Kerja dia melupuskan kereta-kereta terpakai menjadi besi scrap untuk recycle. Yang menariknya kereta-kereta kat sana kalau accident sikit pun terus tukar kereta lain, dan mereka tak ada nak hantar-hantar kat workshop untuk dibaiki. Bumper jatuh sikit, body kemek sikit terus tukar kereta. Tak sure la sebab taboo ke, kereta memang murah sangat ke, kuasa membeli tinggi ke atau upah buruh yang mahal sangat. Memang banyaklah kereta-kereta yang die akan 'drift' dulu sebelum dilupuskan. Sebabnya memang tak ada masalah enjin, connect battery memang da boleh jalan. Fuh.. So rata-rata rakyat Nippon ni memang tak heran lah dengan kereta ni, berbanding kita sebab yela kan hutang 9 tahun belum habis bayar takkan nak tukar kereta baru semata-mata sebab accident kecil je. Memang kita ada isu pasal kereta ni dan agak klise kalau diceritakan kat sini. Haha..

Dan dapatlah aku simpulkan yang situasi mereka agak sama dengan kita tapi dengan objek yang berbeza. Kereta dan botol air mineral... Bagaimana orang Jepun tak heran dengan kereta, macam tu la orang Malaysia tak heran dengan botol air mineral. Dah habis buang je la kenapa nak disimpan lak. Mungkin ada negara-negara daif (pinjam perkataan Nur Syuhadah) yang rakyatnya sanggup bertarung nyawa mencari botol air mineral untuk kegunaan mereka seharian, contoh menadah air hujan ke, atau mengangkut sumber air bersih ke, atau pun simpan banyak-banyak untuk dijual sebab nak menyara keluarga. Benarlah dunia ini bulat!

Kalau kat Malaysia, botol mineral orang buat pelampung dan bikin pulau untuk jumpa duyung, tak caya tanya Prof Madya A. Razak Mohaideen.





Thursday 9 August 2012

Hotel & Remote Control


Pernah aku check-in hotel sekali tu dan berkata "Wow, bestnye bilik hotel ni... Bersih sangat & wangi pulak tu..." Nak-nak toiletnya memang putih berkilat. Tapi ada artikel mengatakan kawasan yang paling banyak kuman dalam hotel bukan kat tempat-tempat yang biasa kita fikir. Tapi remote control.. Dia berjaya menapau dirt spot yang lain dalam hotel macam mangkuk tandas, bathtub, flush handle, toilet doorknob, carpet, bed sheet dan lain-lain benda yang ada dalam bilik hotel. I mean, seriuosly?? What a trivia.. So selepas ini aku berjanji tak akan ragu-ragu lagi akan kebersihan cadar tidur hotel dan sanitize remote control hotel every time aku check-in as per caution measure. Haha..

Tetiba teringat zaman main kete RC dulu.. Kemain modified macam-macam. Kete Subaru Imprezza lagi tuh..

Monday 6 August 2012

Segenggam nasi


Pakar kesihatan mencadangkan nasi dimakan hanya cukup segenggam tangan sahaja sebab kalorinya banyak. Kenapa banyak ek? Sebab nasi sumber karbohidrat yang mempunyai kanji yang tinggi. Kalori yang lebih dari cukup untuk menukarkannya kepada tenaga untuk keperluan kita hari-hari. So sepatutnya takda tambah-tambah nasi ye... 

It's not about 'diet' yang mentaliti kebanyakan dari kita semacam membebankan atau langsung tak sentuh nasi. Its just 'diet' yang ngam-ngam untuk kelangsungan hidup kita seharian. Balancekan sahaja dengan buah-buahan dan serat fiber yang tinggi pasti kenyang juga. Lepas ni cerita "asyik-asyik mentedarah buah je ko ni..!!". 

Hmmm.. Masih dalam percubaan... Harap-harap berterusan...Tapi kalau pekena nasi arab camner plak? Bertakung air liur wei... Huhuhu

Saturday 4 August 2012

Winner vs Loser


Source: deviantart


Tak kira game olimpik atau futsal company,  kerja pejabat atau ahli perniagaan, seorang Winner akan tetap mempunyai advantage untuk terus menang dan tetap menang.
Selain skill yang dipupuk sedari kecil, ciri-ciri seorang Winner atau Sang Juara ni ialah mereka akan tetap cuba untuk bertahan dan terus berusaha kekal di puncak paling atas.
Antara 10 sebabnya;

  1. Mood yang Baik - Semua orang akan rasa bagus bila berjaya, sementara yang gagal selalunya memang mood lari sikit. Ok banyak.. Emosi akan mempengaruhi prestasi mereka. Mood yang positif sebenarnya menghasilkan tenaga dan ketahanan fizikal yang berterusan walaupun setelah mereka gagal. Sementara Si Loser pula akan mencari alasan untuk berhenti. Waima Winner tadi ni injured sekali pun dia akan buat comeback secepat mungkin dan tak akan menyalahkan sesiapa. Contohnya perseorangan nombor satu negara Datuk Lee Chong Wei terseliuh kaki semasa Piala Thomas 2012... Dia baru lepas baik demam dan kesan ubat belum hilang lagi. Otot-otot masih fragile dan perlukan masa untuk kembali cergas.. Akan tetapi lihatlah sekarang ni beliau sudah melepasi ke Final Olimpik London bertemu Lin Dan dari China untuk merebut emas. ( Lumayan wo kalau menang dapat RM2 juta siapa tak nak... duit pun motivasi juga)
  2. Environment yang selesa: Kita memang suka persekitaran yang menarik. Bos-bos tak marah-marah, kawan office chill-chill aje atau at least tak berjiwa serius dan ketat sepanjang masa. Tiada tekanan yang tak logik mendorong kita kekal dibawah tekanan dan MC juga kurang dan secara relatifnya produktivi meningkat. Persekitaran yang menarik juga kadang-kadang mendorong kita untuk stay back bersama rakan dan enjoy the feel good moment itu. Lebih masa diluangkan bersama bermakna lebih peluang untuk berkongsi perasaan dan pengetahuan selain mewujudkan suasana mentoring. Loser... Ahh balik rumah lah kat opis ni bukannya ada apa pun... Ada jugak betulnya tapi kekadang duduk rumah tak produktif pun menghadap tv saja buat apa..
  3. Belajar!: Loser akan lebih defensive dan tak suka akan feedback. Winner akan lebih suka berbincang dan boleh terima sebarang feedback negatif, sebab dia ada keyakinan yang dia ada potensi untuk berjaya. Winner akan pandang latihan sebagai jalan untuk berjaya dan bukannya sebagai hukuman. Pratice make perfect right..
  4.  Kebebasan untuk fokus: Bila kurang masalah atau isu yang berlegar dalam otak mereka, lebih fokus dan berjaya hidup mereka. Bukannya tak ada masalah, cuma ada la sikit masalah kecik2 anak.. Ibarat macam Tiger Wood la.. Setiap kejohanan golf, die boleh maintain menang banyak title, tapi akhirnya kantoi lepas isu yang takde orang lain yang create, dia la yang mengkantoikan dirinya sendiri.. Terus senyap... So clear the mind..
  5. Budaya Positif dan Mutual Respect: Selalu dalam aktiviti yang melibatkan kumpulan, ini adalah perkara yang sangat penting. Contohnya Masterchef Celebriti Malaysia baru-baru ni... Group yang berjaya, menang atau kalah, mereka ada standard yang diterapkan. Kalau menang, setiap ahli group adalah winner dan tidak dipertikaikan peranannya. Kalau kalah pon, mereka takkan condemn ahli group dan berusaha memperbaiki situasi tersebut. Losers biasanya akan cenderung untuk finger-pointing dan mencari masalah orang lain.
  6. Sistem Sokongan yang kukuh: Di sebalik tabir setiap winner, pasti ada orang atau sistem yang menyokong mereka secara total dan tidak berbelah bagi. Contoh Harimau Malaya sekarang amat sukar digugat kerana satu Malaysia menyokong mereka dan jarang-jarang kita dengar lagi orang kutuk belakang kat team Malaysia. Kalau nak kena fire dengan Ultra Malaya silakan.. Haha.. Sokongan seperti ni amat penting. Kalau penyokong belum masuk 2nd half da blah ramai-ramai, macam mana agaknya team Malaysia nak pergi jauh...
  7. Media yang lebih baik: Ini berkait rapat dengan macam mana mereka handle cerita kejayaan mereka dalam media massa. Winner selalunya penuh dengan cerita kejayaan bermula dari awal penglibatan hingga sekarang. Kira track record bersih dan tak banyak benda negatif yang orang boleh bangkitkan. Contoh macam apek tu walaupon beliau ada cerita luar padang, orang lain tetap respek dengan pencapaian beliau. Loser pula tak dapat control apa yang orang akan cakap pasal mereka. Pemerhati dan penganalisis akan ada point untuk menulis semula kegagalan atau kekantoian mereka yang lepas dan kaitannya dengan kegagalan mereka sekarang. Kebiasaannya tanggapan terhadap mereka akan kekal dalam keadaan macam tu. Ada ahli sukan macam tu dalam Malaysia ni, bila dia perform je orang tak amik port sangat sebab tanggapan orang yang dia tu kejap je perform, pastu hampeh... Kompom... Dan memang camtu pun selalunya... Propa wei...
  8. Jemputan VIP: Memang... Senang-senang je la mereka ni dapat jemputan dari PM lah, join maljis keraian besar-besar lah, berjumpa pemimpin besar negara-negara lain lah, peluang bersama celebriti dan siap bertemu jodoh lagi tu. Loser? Sapa nak jemput agaknya yek... Sarcastic di situ..
  9. Matlamat kendiri: Winner ada jalan hidup sendiri dan apa yang perlu mereka tempuh semua sudah mereka nilaikan. Mereka tak perlukan orang lain aturkan kehidupan mereka sendiri. Mereka tak perlukan pakar-pakar dalam bidang lain untuk tentukan hidup mereka. Even training pun tak perlu orang lain aturkan sebab mereka memang sudah ada self-initiative untuk kehadapan. Mereka lebih berdikari. Kalau Loser biasanya memerlukan pertolongan pakar, juruaudit dan pelawat khas dan macam-macam kaedah untuk lebih produktif.
  10. Kesinambungan: Contohnya dalam sesuatu pasukan, bila selalu kalah biasanya susah nak handle. Bila ada campur tangan dari top management, rombakan besar melibatkan orang paling tinggi, dan semua sistem selalunya akan direview balik. Dan pasukan ni akan enduring satu lagi isu untuk diadun iaitu bekerjasama dan memberi perhatian pada situasi baru ni. So macam mana nak perform kalau takda pelaksanaan jangka masa panjang untuk sukses. Selalunya akan ada perkara baru yang perlu di adaptasi dan ni memang satu proses yang memenatkan.
Sebenarnya Winner ni lama-lama pun kantoi juga sebab over-confident, jatuh ke lembah takbur dan macam-macam simpton orang bila sudah tahap elite ni. Semestinya juga apabila pertandingan yang semakin sengit dan mereka tak berkemampuan dari segi fizikal mahupun mental. Tetapi dengan adanya seorang Leader yang bagus, Leader ini akan cuba untuk mengambil peluang ke atas winner yang bersemangat positif, fokus pada disiplin, mutual respek yang tinggi, latihan yang diperperinci, dan sistem sokongan yang berpanjangan untuk terus sukses dan kemungkinan comeback yang lebih kerap.
Digoreng ikut sedap aku dari : Sini

Sunday 15 July 2012

First


Why 'ataspapan'? If you translate in english it means 'overboard' which is in context of blogging it can surely goes overboard or cannot blah punyer.

It's my first post as this is might be the first and only post i write or turn out to be the most flamboyant blog ever.. The purpose of this blog is just pure fun, using explicit and exaggarate words to describe feeling or some thought of mine or general society. Language and writing is not my thing as you will probably realize it soon enough.

I'm very moved by some blogger in Malaysia.. I rather not saying whose and which but i really hope that reader do enjoy reading my blog. Just easy breezy visit my blog if you have a time.

Adios peeps and thank you for reading this entry!