Pergh agak lama sejak last post dari aku.. Baru-baru ni aku ada kegilaan baru iaitu berlari, jogging, atau apa-apa istilah yang bersesuaian dengannya. So untuk mencari makna jogging aku ni, terjumpa la post Larian Morib 2012 pada 30hb Disember kelolaan Majlis Daerah Kuala Langat.
Dengan bayaran RM10, aku join larian 12km.. Punya jauh larian tu aku lak dengan egonya pergi seorang diri register 12k padahal niat nak register 5km jek. Lepas register rasa sangat menyesal dan cuak tapi yang bagusnya sejak aku register tu aku selalu berusaha berlatih berlari dengan harapan tak pengsan time lari atau kena tapau dengan runner pangkat atuk/nenek nanti.. Huhu..
Ini pertama kali aku join acara macam ni. Last time was a century ago, time tu adalah dalam darjah 5 atau 6, lari merentas desa 4km. Sampai sekarang takde kenangan indah dapat aku titipkan tentang larian tu sebab aku rasa macam nak mati je masa tu.
All in all, aku rasa seronok dan tak sabar nak join apa-apa larian selepas ni, tapi bukan dalam masa terdekat ni la sebab dalam recovery mode gitu. Haha..
Ni la suasana sebelum larian. Gelap Gulita u... |
Puas macam graduasi pulak gayanyer.. |
Close up jangan tak close-up.. |
Dapat lucky draw macam tak cayer jer.. |