Wednesday, 17 October 2012
Kereta dan Botol Mineral
Satu malam baru-baru ni aku lepak minum lewat malam dengan kawan-kawan sambil mengulas topik- topik di luar bidang dengan riak sekali. So masuk la topik pemilikan kereta kat Malaysia ni yang mana hutang kereta ni mencakupi hampir separuh gaji bulan malah ada yang lebih. Ianya agak membebankan rakyat marhein khususnya. Tak kira yang mewah mahupun kereta bajet, berbalik pada perumpamaan 'besar nasik besar la keraknya'. Mereka yang berpendapatan tinggi pun tak ketinggalan merasai keperitan pemilikan kereta kat Malaysia ni.
Member pun bukalah cerita yang cousin die ni penah merantau di Japan dan bekerja di tempat scrap kereta. Kerja dia melupuskan kereta-kereta terpakai menjadi besi scrap untuk recycle. Yang menariknya kereta-kereta kat sana kalau accident sikit pun terus tukar kereta lain, dan mereka tak ada nak hantar-hantar kat workshop untuk dibaiki. Bumper jatuh sikit, body kemek sikit terus tukar kereta. Tak sure la sebab taboo ke, kereta memang murah sangat ke, kuasa membeli tinggi ke atau upah buruh yang mahal sangat. Memang banyaklah kereta-kereta yang die akan 'drift' dulu sebelum dilupuskan. Sebabnya memang tak ada masalah enjin, connect battery memang da boleh jalan. Fuh.. So rata-rata rakyat Nippon ni memang tak heran lah dengan kereta ni, berbanding kita sebab yela kan hutang 9 tahun belum habis bayar takkan nak tukar kereta baru semata-mata sebab accident kecil je. Memang kita ada isu pasal kereta ni dan agak klise kalau diceritakan kat sini. Haha..
Dan dapatlah aku simpulkan yang situasi mereka agak sama dengan kita tapi dengan objek yang berbeza. Kereta dan botol air mineral... Bagaimana orang Jepun tak heran dengan kereta, macam tu la orang Malaysia tak heran dengan botol air mineral. Dah habis buang je la kenapa nak disimpan lak. Mungkin ada negara-negara daif (pinjam perkataan Nur Syuhadah) yang rakyatnya sanggup bertarung nyawa mencari botol air mineral untuk kegunaan mereka seharian, contoh menadah air hujan ke, atau mengangkut sumber air bersih ke, atau pun simpan banyak-banyak untuk dijual sebab nak menyara keluarga. Benarlah dunia ini bulat!
Kalau kat Malaysia, botol mineral orang buat pelampung dan bikin pulau untuk jumpa duyung, tak caya tanya Prof Madya A. Razak Mohaideen.
Subscribe to:
Posts (Atom)